Monday, January 5, 2009

Tahun 1430 hijrah n 2009

Dah sekian lama saya tidak meng'update' blog saya ini.. Tidak banyak cerita yang ingin dikongsi bersama dengan teman2 sekalian.. Kesempatan masa yang ada ini saya ingin mencoret sedikit nukilan untuk menjadi renungan kita bersama sepanjang kehidupan kita di dunia yg fana' ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah bagi seluruh umat Islam dan selamat tahun baru bg seluruh penduduk dunia..Sebagai umat Islam,adalah lebih baik kita merayakan tahun baru hijrah daripada tahun baru masihi..Sempena perayan tahun baru yang lepas,kita boleh melihat org Islam lebih cenderung merayakan tahun baru masihi daripada hijrah..Apa lagi yang tinggal untuk umat islam raikan di masa depan jika belia Islam di sogok dengan hiburan yang keterlaluan tanpa mngira batas-batas agama..sedikit demi sedikit identiti islam terhakis dalam diri orang islam itu sendiri dan yang tinggal hanya fulan bin fulan dengan fulana binti fulana..

Tahun baru ini yang bakal kita hadapi akan memberi seribu satu cabaran yang perlu kita tempuhi..Segala cabaran harus kita tempuhi satu persatu dengan tenang dan sabar agar cabaran itu akan menjadi pengalaman yang berguna untuk kita..Apabila saya melihat kembali kenangan dan cabaran yang sya hadapi pada tahun lepas (2008), terlalu banyak untuk diperkatakan..Namun peristiwa perginya sahabat sepermainan dan seperjuangan menghadap Ilahi adalah satu tamparan hebat bagi diri saya sebagai hamba Allah yang kerdil..Pemergian Allahyarham Afian Iskandar pada 23 Disember 2008 merupakan satu badai yang besar yang harus dihadapi oleh teman seperti saya..Dari situ keyakinan sya terhadap kuasa dan janji Allah adalah terlalu tinggi tentang kematian..Ajal maut tidak mngira pangkat,harta,usia teman atau saudara..Saya hanya mampu berdoa agar beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Kepada rakan-rakan yang lain,ambillah perkara ini sebagai satu ikhtibar kepada kita untuk meneruskan kehidupan mngikut landasan Islam yang benar..

Pembuka tahun baru kali ini kita dikejutkan dengan serangan Israel terhadap penduduk ISLAM Palestin..Saya berasa amat sedih akn nasib yang menimpa saudara kita di sana..kehidupan harian yang dihujani dengan serangan bom dari tiga penjuru sememangnya melahirkan rasa kebimbangan kepada mereka terutamanya sang kecil yang baru mngenal erti kehidupn..Saya menyeru kepada semua tidak kira bangsa dan agama agar terus berdoa untuk bumi palestin agar dijauhkan dari kekejaman israel..semoga Allah melaknati kaum yahudi seperti mana Allah janjikan di dalam Al-Quran..

Kepada sahabat semua, selamat menyambut maal hijrah dan tahun baru..kita patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus mnghirup udara di atas bumi Allah ini..kita juaga patut bersyukur hidup di atas negara yang aman damai dan merdeka..Ingatlah, perjuangan kita sebagai khalifah Allah belum selesai bahkan tidak akan selesai selagi roh tidak bercerai dari jasad..berbaktilah kepada agama dan bangsa selagi mampu..tuntutlah ilmu dan timba pengalaman selagi terdaya dan yang paling penting,tingkatlah amalan kita kepada Allah SWT selagi kita hidup..

Selamat menghadapi tahun 1430 dan 2009..

Wassalam...

Tuesday, August 5, 2008

Ekspidisi Sg. Pisang 08

Pada 27 Julai 2008, seramai 10 orang mahasiswa Sarawak yang terdiri daripada 4 perempuan dan 6 lelaki telah mnyertai ekspidisi Sg Pisang, Gombak. Perjalanan bemula pada pukul 8.00 pagi dan tiba di tempat ekspidisi pada pukul 9.30 pagi dengan menaiki dua buah kereta kancil dan sebuah motosikal. Sedikit kelewatan dari plan asal atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Perjalanan diteruskan menuju ke tapak ekspidisi yang mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan kaki secara perlahan. Tapak ekspidisi adalah terletak di kawasan air terjun(saya tidak tahu nama air terjun ini). Program bermula dengan menyalakan api untuk aktiviti memanggang ayam. Pelbagai jenis makanan dan minuman juga dibekalkan kepada peserta-peserta ekspidisi.

Selain aktiviti "majoh", peserta juga melakukan aktiviti air seperti mandi, menyelam, berenang dan sebagainya. Pelbagai permainan lain juga dimainkan.

Ekspidisi tamat pada pukul 3.00 petang agar peserta bergegas pulang utuk menunaikan solat fardhu Zohor. Semoga aktiviti sebegini dapat diadakan selalu untuk mengukuhkan tali silaturrahim antara warga kampus.

Wednesday, July 2, 2008

Naik dan terus naik..jangan turun2 lagi..


Tahniah kepada pasukan Malaysia apa naik 3 anak tangga untuk menduduki tempat 166 dalam senarai ranking FIFA.. Semoga pasukan negara terus menunjukan prestasi yang baik dalam sukan bola sepak bermula dari menguasai Asia Tenggara kemudian ke Asia... Baru kita boleh pasang angan2 masuk piala Dunia...

P/s;Mokhtar Dahari bukan lagenda sebenar coz dia tak main Piala Dunia...

Thursday, June 26, 2008

Bola Sepak di Malaysia

Semasa aku menonton bola sepak di kaca TV, aku telah terfikir bagaimana negara kita mampu untuk menjadikan kejohanan bola sepak di Malaysia lebih kompetitif seta menpunyai taraf yang di kehendaki selain mampu melahirkan bakat-bakat bola sepak yang mampu mengharunkan pasukan negara. Pelbagai usaha yang telah dilakukan FAM gagal membuah hasil yang disasarkan. Berikut adalah beberapa lontaran idea yang manpu aku ketengahkan dalam kolumku kali ini.

  1. Di tambah pasukan dalam Liga Super kepada 18 pasukan yang bertanding. dengan cara ini, pasukan akan lebih banyak mengharungi perlawanan dan ini menagih kekuatan fizikal yang lebih kepada pemain. Kebanyakan pemain kita amat lesu di peringkat antarabangsa kerana kita kurang bermain secara serius. Saya akui rahat itu perlu untuk memulihkan kecergasan pemain, namun rehat yang banyak akan membuatkan pemain hilang rentak atau feel permainan.
  2. Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA dia dakan dalam satu jadual kejohanan yang sama. Kita selalu perhatikan selepas pemain habis menharungi kejohanan peringkat Liga, Kita akan disajikan pula dengan kejohanan Piala Malaysia. Saya bercadang agar Piala Malaysia diadakan serentak dengan pertandingan Liga dan Piala FA.
  3. Membuka kejohanan Piala Malaysia kepada kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia. Kalau dulu FAM menjemput pasukan luar seperti Singapura dan Brunei menyertai kejohanan berprestij ini, apa salahnya pasukan bertaraf kelab menyertai kejohanan ini. Saya amat sedih dengan pemain2 dari kelab2 yang tidak bertanding kerana meraka tidak menyertai apa2 kejohanan sepanjang Piala Malaysia diadakan.
  4. Bagi memastikan Liga Super mempunyai kelasnya tersendiri berbanding Liga Perdana, saya menyarankan agar pemain-pemain yang ingin menyarung jersi Malaysia haruslah bermain dalam Liga Super. Dengan kata lain, permain dari liga perdana yang mempunyai potensi untuk menyarung jersi negara haruslah mewakili mana2 pasukan yang bertanding dalam liga super. Dengan cara ini sahajalah mampu memastikan Liga Super itu mempunyai kelas yang terbaik sesuaik dengan statusnya sebagai liga tertinggi nasional. Denagn cara ini juga kita dapat membuang sifat pemain bintang dalam pemain kebangsaan yang rata2nya menganggap mereka akn terus dipilih secara automatik untuk mewakili kebangsaan walaupun bermain di liga perdana. Selain itu, kaedah ini juga mampu membuangkan semangat kenegerian dan memupuk semangat kebangsaan dalam jiwa pemain kita.
Setakat ini sahaja cetusan idea ku kali ini. Mungkin lain kali akan ku cetuskan idea yang bernas untuk dijadikan rujukan dlam membangunkan bola sepak negara kita.

Majulah sukan untuk semua.

Cuti

Percutian mengambil masa beberapa minggu untuk dihabiskan. Kehidupan aku di universiti diteruskan dengan beberapa aktiviti yang aku rasa sudah cukup untuk mencuri sedikit masa daripada membuang masaku untuk tidur. Setelah berpenat-lelah mengangkat barang rakan2 ku ke bilik untuk dijaga, ada peluang untukku berehat seketika. Mujur temanku Aizat Vizente meminjamkan aku kemudahan internet broadbandnya padaku. Dapat lah aku membaca serta mengetahui serba sedikit kejadian dunia.

Cuti ini aku sempat menonton perlawanan bola sepak antara negeri kelahiranku Sarawak menentang negeri tempat aku menuntut ilmu selama 6 tahun, Selangor. Pertama kali menonton di Stadium Shah Alam, aku lahirkan rasa kagum dengan keadaan padang yang cantik. Aku berbangga negara kita mempunyai kemudahan padang antara yang terbaik di Asia. Tapi sayang dengan keadaan padang yang bagus gagal diserikan dengan kehadiran penonyon yang begitu sedikit. Mungkin budaya bersukan dan minat unruk menonton bola di stadium belum disemai dalam jiwa rakyat kita. Mungkin senario ini berbeza dengan negeri seperti Kedah dan Perak yang sememangnya mempunyai peminat bola sepak yang setia.

Perlawanan bola sepak tadi dimenangi oleh negeri Selangor dengan jaringan 3-1. Aku berasa agak malu dengan corak serangan negeri sarawak yang gagal memberi rasa gerun kepada pertahanan Selangor. Gol Sarawak bagi aku adalah ihsan daripada pengadil yang memberi sepakan penalti untuk Sarawak. Sesuailah dengan negeri Selangor itu sendiri, Selangor darul Ehsan. Aku tidak mahu mengulas panjang perlawanan tersebut kerana aku bukan Hasbullah Awang atau Abu Bakar Atan yang bijak dalam mengulas dalam sesebuah pertandingan. Kekadang shaja bagiku ulasan mereka sangat merepek seolah mereka tidak faham apa itu bola sepak.

Cuti aku masih panjang. Selain mengadap komputer, aku perlu muhasabah diri ku untuk menjadi insan yang lebih berguna. Dengan masalah diet yang aku hadapi sekarang, perlu nya aku mengukur kembali kemampuan aku dalam bersukan. Mungkin aku akan bertukar karier dari bola sepak ke tenis. Siapa tahu aku boleh...

Selamat bercuti kepada semua....

Wednesday, June 11, 2008

exam mood vs euro08 mood

beberapa hari lagi final exam will start. susah nak bayangkan jiwa gemuruh untuk menghadapi exam bagaimana. perhitungan hidup mati aku ngan penentu masa depan aku terletak pada subject linear algebra and linear differintiation. adakah gemuruh ini sama dengan gemuruhnya menonton euro08 di kaca tv. dugaan datang pada saat aku memerlukan fokus belajar maximum. hati masih terasa sedih dikala italy tumpas kepada belanda 3-0. mch sampah je aku tengok italy bermain. tp x blh kutuk lebih coz malaysia ranking 160 lebih, italy top 10 ranking FIFA. tapi hati juga sedih bila study x faham, buat assignment satu soalan 10 minit nak faham punya pasal. study slagi boleh study.

kepada rakan2 ku yang lain, good luck dalam menghadapi final exam yang akan mendatang. kepada football crazy, let us support our beloved teams in euro08.

p/s: bola ngn study gk, semayang jangan lupa.

Friday, June 6, 2008

Master of Puppets

Master Of Puppets

By Metallica

(Hetfield/Ulrich/Hammett/Burton)

End of passion play, crumbling away
I'm your source of self-destruction
Veins that pump with fear, sucking darkest clear
Leading on your death's construction

Taste me, you will see
More is all you need
You're dedicated to
How I'm killing you

Come crawling faster
Obey your master
Your life burns faster
Obey your master
Master

Master of puppets, I'm pulling your strings
Twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master

Needlework the way, never you betray
Life of death becoming clearer
Pain monopoly, ritual misery
Chop your breakfast on a mirror

Taste me you will see
More is all you need
You're dedicated to
How I'm killing you

Come crawling faster
Obey your master
Your life burns faster
Obey your master
Master

Master of puppets, I'm pulling your strings
Twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master

Master, master
Where's the dreams that I've been after?
Master, master
You promised only lies
Laughter, laughter
All I hear and see is laughter
Laughter, laughter
Laughing at my cries
Fix me

Hell is worth all that, natural habitat
Just a rhyme without a reason
Never-ending maze, drift on numbered days
Now your life is out of season

I will occupy
I will help you die
I will run through you
Now I rule you, too


Come crawling faster
Obey your master
Your life burns faster
Obey your master
Master

Master of puppets, I'm pulling your strings
Twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master
Master